NOTA :
ARBITRAJ ( ARBITRAGE ) DAN PASARAN
MATAWANG
Arbitraj ( arbitrage activities)
merupakan salah satu komponen penting dalam pasaran pertukaran wang asing .
Ianya merupakan aktiviti mencari keuntungan tanpa risiko, hasil dari pembelian
sesuatu aset yang murah dari sesuatu pasaran dan menjualkan aset
berkenaan dengan
nilai yang lebih tinggi dalam pasaran
lain. Seseorang pengarbitraj
akan mengesan perbezasesuatu pasaran dan dalaman
itu dengan membeli suatu matawang di pasaran yang murah dan menjualkan di
pasaran yang mahal. Proses arbitraj itu akan berterusan sehingga tiada lagi
keuntungan yang dapat diperolehi, iaitu apabila kadar menjadi sama di semua
pasaran. Terdapat 2 jenis arbitraj yang mempengaruhi pasaran pertukaran wang
iatu Arbitraj Barangan ( Arbitrage of Good ) dan Arbitraj Wang ( Arbitrage of
Money ).
Arbitraj Barangan
Arbitraj barangan merupakan aktiviti
pembelian barangan tanpa risiko iaitu dengan membeli barangan dari pasaran yang
murah dan menjualkannya di pasaran yang lebih tinggi untuk mendapat
keuntungan. Dalam kontek perdagangan
antarabangsa, arbitaj barangan di ukur menggunakan Theory of Purcashing
Power Parity (PPP). Theory of Purcashing
Power Parity (PPP) merupakan kadar pertukaran matawang dari dua buah negara
berlainan yang mempunyai kuasa membeli yang sama terhadap kuantiti barangan
yang sama apabila pembelian dibuat di negara berkenaan. (tidak termasuk kos
transaksi, kos pengangkutan, cukai dan lain-lain).
Contoh :
Pertukaran wang antara US dan Kanada adalah US$0.080 = Can
$1.00
Pembelian seluar jeans Levi’s di US
adalah USD24.00. Di Kanada pula Levi’s
dijual dengan harga Can$30.00.
Mengikut teori PPP harga Levi’s di
kedua-dua negara adalah sama. Ini dapat
di buktikan dengan formula PPP:
US
$0.80 x
Can $30.00 = US$24.00
Can
$1.00
Sekiranya berlaku perubahan dari segi
pertukaran matawang seperti kejatuhan kadar pertukaran matawang Kanada kepada
US $0.60 = Can $1.00 dan Levi’s masih dijual dengan harga Can $30.00 TETAPI nilai dalam matawang US kali ini adalah US $18.00. Olehitu pemegang matawang US boleh membeli
Levi’s yang lebih murah di Kanada berbanding di Amerika Syarikat. Keadaan ini berlaku apabila Kanada membuat
pelaboran di Mexico dengan membekalkan Levi’s
ke negara berkenaan. Olehitu
matawang Kanada meningkat di Pasaran Pertukaran asing untuk pembelian matawang Mexico. Nilai
matawang Kanada akan jatuh . Pasaran-pasaran yang terlibat dalam prose arbitraj
ini adalah :
I- Pasaran pertukaran matawang antara matawang US
dan matawang Kanada.
Ii- Pasaran Levi’s di US
Iii- Pasaran Levi’s di Mexico
Dengan membeli Levi’s di Kanada,
matawang US meningkat di pasaran pertukaran matawang, Olehitu nilai matawang US jatuh manakala
nilai matawang Kanada meningkat. Sikap warganegara US yang kurang membuat
pembelian Levi’s dalam negara telah menyebabkan harga Levi’s menjadi murah
kerana kurang permintaan. Harga Levi’s menjadi tinggi di Kanada kerana
disebabkan permintaan yang tinggi dalam
kalangan warga US. Proses arbitraj ini akan terus berlaku sehingga harga Levi’s
dalam kedua-dua matawang adalah sama di kedua-dua negara.
Dengan menggunakan teori PPP, taraf
kehidupan sesuatu negara dapat ditentukan. Ini adalah kerana PPP dapat
menentukan kuasa membeli warganegara setiap negara dan seterusnya dapat
menentukan taraf kehidupan negara berkenaan.
Arbitraj
Matawang ( Arbitrage of money )
Arbitrage matawang merupakan aktiviti
mendapat keuntungan hasil dari transaksi pembelian satu matawang dalam satu
pasaran dan menjualnya kepada pasaran lain yang mempunyai pertukaran matawang
yang lebih tinggi. Arbitraj matawang terbahagi kepada 3, iaitu :
I- Two-point arbitrage
Ii- Three-ponit arbitrage dan
Iii- Covered interest arbitrage.
Two-point arbitrage
Two-point arbitrage juga
dikenali sebagai geographic arbitrage.
Ianya melibatkan keuntungan yang diperolehi dari perbezaan harga
atau kadar matawang dari dua pasaran
yang berbeza. Contohnya : £1 diniagakan
$2.00 di New York dan $1.80 di London. Oleh itu peniaga matawang akan membeli
£1 di London dengan harga $1.80. Kemudian akan menukarkan/menjualkan £1 yang diperolehi di London dalam pasaran
pertukaran asing dengan harga $2.00 di New York. Dengan ini peniaga matawang
memperolehi keuntungan $0.20 tanpa mengalami sebarang risiko.
Arbitraj segitiga
(Three-point arbitrage)
Proses menukar satu
matawang kepada matawang kedua, menukar
matawang kedua kepada matawang ketiga dan, akhirnya menukar kembali kepada mata
wang asal dalam jangka masa yang singkat. Keuntungan tanpa risiko diperolehi
apabila kadar pertukaran ketiga-tiga matawang
tidak sepadan. Peluang arbitraj segi tiga jarang berlaku dan ianya
terjadi dalam tempoh yang singkat.
Oleitu peniaga-peniaga matawang menggunakan peralatan komputer yang canggih dengan program yang terkini yang
boleh mengautomasikan proses pertukaran matawang berkenaan.
Sebagai contoh, andaikan
anda mempunyai $ 5 juta dan anda disediakan dengan kadar pertukaran: EUR / USD
= 0.8171, EUR / GBP = 1.1910 dan
USD /
GBP = 1.4650
Dengan kadar pertukaran terdapat peluang arbitraj:
Menjual dolar euro: $ 5,000,000 x 0.8171 = € 4,085,500
Jual euro untuk pound: 863100 / 1.1910 = £ 3,430,311
Jual pound untuk dolar: 3,430,311 x 1.4650 = $ 5,025,406
$ 5,025,406 - $ 5,000,000 = $ 25,406
Daripada urus niaga ini, anda akan menerima keuntungan arbitraj sebanyak $25,406 (dengan andaian tiada kos urusniaga atau cukai).
Covered
interest arbitrage
Covered interest
arbitrage adalah
arbitraj yang berlaku apabila terdapat perbezaan kadar faedah antara dua negara di dalam diskaun / premium hadapan matawang negara berkenaan. Oleh itu pelabor-pelabor matawang seperti
bank, syarikat insuran dan syarikat korporat akan membuat keputusan samada
membuat pelaboran jangka pendek di dalam negara atau pun di luar negara dan mendapatkan
kadar faedah yang rendah dalam pinjaman jangka pendek ( short-term loans ). Dengan kaedah ini mereka dapat
dilindungi dari risiko perubahan kadar faedah.
Contoh :
Pelabor di
Amerika Syarikat mempunyai $ 5.000.000
USD dan perlu menimbang sama ada untuk
melabur di dalam negara ataupun menggunakan strategi Covered
interest arbitrage
untuk mendapat keuntungan.
Kadar
pertukaran matawang semasa adalah $ 1,2730 / € dan
kadar
pertukaran matawang enam bulan
hadapan adalah $ 1,3000 / €.
(Pengkompaunan faedah di abaikan).
Hasil pelaboran $
5170000 USD selepas enam bulan :
I- Dalam
negara ( Amerika Syarikat ) adalah $
5170000 USD
( $ 5000000 USD
x 3.4% )
Ii- Luar
negara ( kawasan euro ) adalah $
5.340.927 USD
( $ 5000000 USD
x 1.2730= €3,927,730 x4.6% =
€4,108,405 x 1.3 )
Dengan
menggunakan strategi Covered interest arbitrage ,
keuntungan sebanyak $ 340.927 USD
diperolehi berbanding dengan pelaboran didalam negara $170,000 USD . Oleh itu pelabor akan memilih untuk membuat
pelaboran diluar negara dimana memberi lebih banyak keuntungan.
CARTA
PELABORAN $5,000,000
Tiada ulasan:
Catat Ulasan