Contoh Kadar pertukaran:
Senarai kadar
pertukaran mata wang antarabangsa
Dalam bidang kewangan, kadar pertukaran (juga dipanggil
kadar pertukaran asing, kadar forex atau kadar FX) antara dua mata wang menentukan berapa nilai satu mata wang
dari segi satu mata wang yang lain. Contohnya, kadar pertukaran 102 yen Jepun (JPY, ¥) ke dolar Amerika Syarikat (USD, $) bermaksud JPY 102 sama
nilainya dengan USD 1. Pasaran pertukaran asing ialah salah sebuah pasaran terbesar di
dunia. Mengikut sesetengah anggaran, kira-kira mata wang bernilai 2 trilion USD
bertukar tangan setiap hari.
Kadar pertukaran lani ialah kadar pertukaran semasa.
Kadar pertukaran hadapan ialah kadar pertukaran yang disebut harga dan
didagangkan hari ini tetapi kiriman dan bayaran dilakukan pada tarikh akan datang
yang ditentukan.
Sebut harga
Sebut harga
kadar pertukaran diberi dengan menyatakan bilangan unit "mata wang
sebutan" (term currency) atau "mata wang harga" (price
currency) yang boleh dibeli dari segi 1 "mata wang unit" (juga
dipanggil "mata wang asas"/base currency).
Contohnya, dalam sebut harga yang menyatakan kadar pertukaran EURUSD ialah 1.3
(1.3 USD per EUR), mata wang sebutan ialah USD sementara mata wang asas ialah
EUR.
Adanya satu kelaziman pasaran yang menentukan yang mana
mata ialah wang asas atau mata wang sebutan. Di kebanyakan tempat di dunia,
susunannya ialah:
EUR - GBP - AUD - USD - *** (*** adalah mana-mana matawang lain)
Oleh itu, jika anda sedang menukar dari EUR ke AUD, EUR ialah mata wang asas, sementara AUD ialah mata wang sebutan dan kadar pertukaran itu memaklumkan anda berapa banyak dolar Australia yang anda akan bayar atau terima untuk 1 euro.
Di sesetengah kawasan di Eropah dan dalam pasaran bukan
profesional di UK, EUR dan GBP disongsangkan afar GBP disebut sebagai matawang
asas kepada euro. Untuk menentukan yang mana ialah mata wang asas di mana
kedua-dua mata wang tidak tersenarai (i.e. kedua-duanya ***), kelaziman pasaran
adalah menggunakan mata wang asas yang memberi kadar pertukaran yang melebihi
1.000. Ini mengelakkan masalah pembundaran dan kadar pertukaran disebut harga
melebihi 4 tempat perpuluhan. Terdapat beberapa pengecualian pada peraturan
ini, misalnya pihak Jepun selalu menyebut harga mata wang mereka sebagai asas
mata wang lain.
Sebut harga yang menggunakan mata wang tempatan sebagai mata
wang harga (cth., EUR 1.00 = $1.45 di AS) dikenali sebagai "sebut
harga langsung" (direct quotation) atau "sebut harga
harga" (price quotation) (dari sudut pandangan negara itu) ([1]) dan digunakan oleh kebanyakan negara.
Sebut harga yang menggunakan mata wang tempatan sebagai mata
wang unit (cth., £0.4762 = $1.00 di AS) dikenali sebagai "sebut harga
tidak langsung" (indirect quotation) atau "sebut harga
kuantiti" (quantity quotation) dan digunakan dalam akhbar British serta juga sering didapati di Australia, New Zealand dan kawasan euro.
- Sebut
harga langsung: 1 unit mata wang asing = x unit mata wang tempatan
- Sebut
harga tidak langsung: 1 unit mata wang tempatan = x unit mata wang asing
Diingatkan bahawa, dengan menggunakan sebut harga
langsung, jika mata wang tempatan semakin kukuh (iaitu, naik nilai, atau menjadi lebih bernilai) maka
bilangan kadar pertukaran turun. Sebaliknya jika mata wang asing makin kukuh
pula, maka bilang kadar pertukaran naik sementara nilai mata wang tempatan menyusut nilai.
Apabila melihat pasangan mata wang seperti EURUSD, komponen pertama (EUR
di sini) merupakan mata wang asas. Komponen kedua pula ialah mata wang sebutan.
Contohnya: EURUSD = 1.33866, iaitu EUR ialah asas dan USD ialah sebutan, maka 1
EUR = 1.33866 USD.
Pasangan mata wang selalunya salah disebut dengan satu
"/" (forward slash). Sebetulnya jika "slash" disertakan,
ketertiban mata wang ini seharusnya diterbalikkan. Ini memberikan kadar
tukaran. Contoh: Jika EUR1 bernilai USD1.35, euro adalah mata wang asas dan
dolar adalah mata wang sebutan supaya kadar tukaran disebut sebagai EURUSD atau
USD/EUR. Untuk mendapatkan kadar tukaran membahagikan nilai USD oleh nilai euro
amount contoh: 1.35/1.00 = 1.35
Pasaran resam dari awal 1980 hingga 2006 adalah
kebanyakan pasangan mata wang disebut hingga ke 4 titik perpuluhan bagi transaksi
serta merta dan hingga 6 titik perpuluhan untuk tunai hadapan atau pertukaran.
(Tempat titik perpuluhan keempat adalah biasanya dirujuk sebagai satu
"pip.") Satu pengecualian untuk ini adalah kadar tukaran dengan satu
nilai yang kurang daripada 1.000 biasa disebut kepada 5 hingga 6 titik
perpuluhan. Walaupun di situ tidak terdapat peraturan yang tetap, kadar tukaran
dengan satu nilai yang lebih besar daripada 20 biasa disebut hinga 3 titik
perpuluhan dan mata wang dengan nilai yang lebih besar daripada 80 disebut
hingga ke 2 tempat perpuluhan. Mata wang lebih daripada 5000 biasanya disebut
dengan tiada titik perpuluhan (contoh: Turkish Lira yang lama).
e.g. (GBPOMR : 0.765432 - EURUSD : 1.3386 -
GBPBEF : 58.234 - EURJPY : 165.29). In other words, quotes are given
with 5 digits. Where rates are below 1, quotes frequently include 5 decimal
places.
In 2006 Barclays Capital broke with convention by
offering spot exchange rates with 5 or 6 decimal places. The contraction of
spreads (the difference between the bid and offer rates) arguably necessitated
finer pricing and gave the banks the ability to try and win transaction on
multibank trading platforms where all banks may otherwise have been quoting the
same price. A number of other banks have now followed this.
Bebas atau tetap
Jika sesuatu mata wang terapung bebas, maka kadar
pertukarannya boleh berubah-ubah berbanding kadar mata wang lain dan ditentukan
oleh kuasa pasaran penawaran dan permintaan. Kadar pertukaran untuk mata wang
sedemikian mungkin sekali berubah secara berterusan seperti yang disebut di pasaran kewangan, terutamanya oleh bank, di seluruh dunia. Sistem kadar tetap
yang boleh dilaraskan ialah satu sistem kadar pertukaran tetap, tetapi disertakan peruntukan untuk
penurunan nilai sesuatu mata wang. Contohnya, antara tahun 1994 dan 2005, renminbi yuan China (RMB) ditetapkan pada dolar Amerika Syarikat pada RMB 8.2768 ke $1. China bukan
satu-satunya negara yang melakukannya; sejak berakhirnya Perang Dunia II hingga tahun 1966, semua negara-negara
Eropah Barat mengekalkan kadar pertukaran tetap dengan dolar AS berdasarkan sistem
Bretton Woods. [2]
- Kadar pertukaran nominal e ialah harga seunit mata wang asing dalam mata wang tempatan.
- Kadar pertukaran sebenar ('real' exchange rate, RER) ditakrifkan sebagai , yang mana P ialah takat harga tempatan dan P* takat harga asing. P dan P* mesti mempunyai nilai sebarangan yang sama pada suatu tahun asas yang terpilih. Maka pada tahun asas,
RER ini ideal teori sahaja. Secara amali, terdapat banyak
mata wang asing dan nilai takat harga untuk diambil kira. Pada masa yang sama,
perhitungan model semakin rumit pula. Lebihan pula, model ini berdasarkan pariti kuasa
beli yang
menandakan RER yang malar. Penentuan empirik nilai RER malar tidak boleh
dicapai walau apa cara pun, kerana mengalami batasan ketika mengumpul data.
Pariti kuasa beli boleh menandakan bahawa RER ialah kadar di mana sesebuah
pertubuhan boleh memperdagang barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi (cth.
negara) untuk barang dan perkhidmatan sebuah ekonomi lain. Contohnya, jika
harga sebuah barang naik 10% di UK, dan secara serentak mata wang Jepun naik
10% berbanding mata wang UK, maka harga barangan itu adalah kekal bagi
seseorang di Jepun. Apapun, penduduk UK masih terpaksa berhadapan dengan kenaikan
10% dalam harga tempatan. Juga diingatkan bahawa tarif yang dikenakan kerajaan boleh
menjejaskan kadar pertukaran sebenar, iaitu membantu mengurangkan tekanan
harga. Pariti kuasa beli kelihatan tepat dalam jangka masa panjang sahaja (3–5
tahun) apabila harga akhirnya dibetulkan ke arah kesetaraan.
Pendekatan
terkini dalam memodelkan RER menggunakan satu set pembolehubah ekonomi, seperti
produktiviti relatif dan pembezaan kadar faedah sebenar.
Naik turun kadar pertukaran
Kadar pertukaran berasaskan pasaran akan berubah apabila
nilai salah satu daripada dua mata wang komponen berubah. Satu matawang akan
cenderung ke lebih nilai apabila permintaan untuknya melebihi penawaran yang
sedia ada. Matawang itu akan menjadi kurang bernilai apabila permintaan kurang
daripada penawaran yang ada (ini tidak bermaksud orang tidak lagi hendakkan
wang, sebaliknya cuma bererti bahawa mereka lebih rela memegang kekayaan mereka
dalam suatu bentuk lain, barangkali matawang lain).
Peningkatan permintaan untuk satu mata wang adalah
disebabkan sama ada peningkatan permintaan urus niaga untuk wang, atau
peningkatan permintaan spekulatif untuk wang. Permintaan urus niaga untuk wang
amat berhubung kait dengan tahap kegiatan perniagaan negara, keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan tahap guna tenaga. Makin
ramai yang menganggur, maka makin kurang perbelanjaan barang
dan perkhidmatan oleh orang awam secara keseluruhannya. Bank pusat biasanya kurang menghadapi kesulitan
dalam menyesuaikan penawaran wang sedia ada untuk menampung perubahan dalam
permintaan untuk wang hasil urus niaga.
Permintaan spekulatif untuk wang lebih sukar untuk
ditampungi bank pusat, namun bank pusat berusaha dengan menyesuaikan kadar faedah. Seseorang pelabur boleh memilih untuk
membeli satu matawang jika pulangannya (iaitu kadar faedah) cukup tinggi. Makin
tinggi kadar faedah sesebuah negara, maka makin besarlah permintaan untuk mata
wangnya. Pernah dihujahkan bahawa spekulasi mata wang boleh menghakis
pertumbuhan ekonomi sebenar, khususnya kerana spekulator mata wang besar boleh
sengaja mengenakan tekanan menurun terhadap suatu mata wang agar memaksa bank
pusat menjual mata wangnya untuk menstabilkannya (apabila ini berlaku,
spekulator ini boleh membeli mata wang itu balik dari bank pada harga yang
lebih rendah, mengukuhkan kedudukan mereka, dan dengan ini mengaut untung).
Kadar
pertukaran matawang asing Malaysia
Pasaran
Pertukaran Asing
Kadar
pertukaran asing dimaksudkan sebagai matawang sesebuah negara yang disebut
dalam matawang negara lain. Contohnya matawang Ringgit Malaysia disebut dalam
nilai matawang Dollar Amerika Syarikat, Dollar Singapura, Baht Thailand, Rupiah
Indonesia, Yen Jepun dan lain-lain matawang lagi. Nilai matawang sesebuah
negara adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran matawang negara tersebut
sendiri. Apabila individu atau firma asing membeli barangan Malaysia, penawaran
matawang asing untuk ditukar kepada Ringgit Malaysia terjadi. Begitu
juga, apabila individu atau firma Malaysia ingin membeli barangan atau
perkhidmatan asing, permintaan terhadap matawang asing akan berlaku.
Pertukaran asing pula dimaksudkan sebagai matawang sesebuah negara yang dipegang oleh rakyat negara lain dalam bentuk matawang atau deposit. Rakyat asing yang memegang Ringgit Malaysia mestilah menyimpannya di dalam Bank yang ada berurusan dengan Malaysia atau meminjamkannya kepada firma atau kerajaan Malaysia. Mereka memberi pinjaman kepada firma atau kerajaan Malaysia dengan membeli alat hutang firma atau alat hutang kerajaan Malaysia seperti bil-bil perbendaharaan dan bon. Rakyat asing yang memiliki Ringgit Malaysia boleh juga menggunakan wang tersebut untuk membuat pelaburan terus di Malaysia dengan membeli harta di Malaysia seperti membeli hartanah dan saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Permintaan
matawang Ringgit Malaysia sebagai Pertukaran Asing bergantung kepada permintaan
rakyat asing kepada barangan dan perkhidmatan Malaysia dan keinginan rakyat
asing menyimpan Ringgit Malaysia mereka sebagai tunai atau deposit untuk
membeli hartanah, saham, bon dan lain-lain aset di Malaysia. Penawaran
matawang Ringgit Malaysia pula bergantung kepada keinginan pengguna, firma dan
kerajaan Malaysia menukar matawang Ringgit Malaysia mereka kepada matawang
asing. Keadaan ini bergantung kepada permintaan Malaysia kepada barangan
asing dan keinginan rakyat Malaysia menukar matawang Ringgit Malaysia kepada
matawang asing untuk membeli hartanah, saham, bon dan lain-lain
aset di negara lain. Apabila lebih rendah nilai Ringgit Malaysia
dalam sebutan Dollar Amerika Syarikat, lebih rendahlah kos membeli barangan Malaysia
oleh pemegang matawang Dollar Amerika Syarikat. Sebagai contoh, harga semasa
sebuah kereta Proton Wira yang dibuat di Malaysia ialah RM50,000. Jika kadar
pertukaran semasa ialah US$0.4 untuk setiap Ringgit Malaysia (atau RM2.50 =
US$1), penduduk Amerika Syarikat akan membayar US$20,000 untuk membeli kereta
tersebut. Katakanlah pada masa sekarang kadar pertukaran ialah US$0.2
untuk setiap Ringgit Malaysia (atau RM5.00 = US$1), maka penduduk Amerika
Syarikat cuma perlu membayar US$10,000 untuk mendapatkan kereta tersebut.
Maksudnya lebih rendah harga matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang
asing, lebih rendahlah harga barangan, perkhidmatan, dan aset Malaysia dalam
sebutan matawang asing tersebut. Seterusnya apa yang sepatutnya berlaku
ialah lebih banyak jugalah permintaan barangan Malaysia oleh negara yang
mengalami kenaikan nilai matawang tersebut. Keluk permintaan Ringgit
Malaysia untuk matawang asing cerun kebawah dari kiri ke kanan.
Penawaran terhadap Ringgit Malaysia sebagai pertukaran untuk matawang
asing, seperti Dollar Amerika Syarikat, bergantung kepada keinginan mereka yang
memiliki matawang Ringgit Malaysia untuk membeli matawang Dollar Amerika
Syarikat. Penawaran matawang Ringgit Malaysia untuk Dollar Amerika Syarikat
boleh berlaku apabila rakyat Malaysia membeli barangan dan perkhidmatan Amerika
Syarikat atau melabur di dalam sektor kewangan atau hartanah Amerika
Syarikat. Apabila lebih tinggi nilai Ringgit Malaysia dalam sebutan Dollar
Amerika Syarikat, maka lebih banyaklah Ringgit Malaysia ditawarkan untuk
mendapatkan Dollar Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan lebih
tinggilah kos membeli barangan Malaysia oleh pemegang matawang Dollar Amerika
Syarikat. Sebagai contoh, harga semasa sebuah komputer yang dibuat di Amerika
Syarikat ialah US$1,600. Jika kadar pertukaran semasa ialah US$0.4 untuk satu
Ringgit Malaysia (atau RM2.50 = US$1), penduduk Malaysia akan membayar RM4,000
untuk membeli komputer tersebut. Katakanlah pada masa sekarang kadar
pertukaran ialah US$0.5 untuk satu Ringgit Malaysia (atau RM2.00 = US$1), maka
penduduk Malaysia cuma perlu membayar RM3,200 untuk mendapatkan komputer
tersebut. Keadaan ini menyebabkan harga komputer dan lain-lain barangan
Amerika Syarikat menjadi lebih murah dalam sebutan Ringgit Malaysia. Keadaan
ini boleh menyebabkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dari Amerika
Syarikat.
Akan tetapi, apabila lebih tinggi harga matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang asing, bererti lebih mahallah harga barangan, perkhidmatan, dan aset Malaysia dalam sebutan matawang asing tersebut. Sebaliknya lebih murah pula harga harga barangan tersebut dalam sebutan Ringgit Malaysia. Seterusnya apa yang sepatutnya berlaku ialah lebih banyak jugalah permintaan barangan luar negeri oleh penduduk Malaysia, dan semakin kurang pula permintaan barangan Malaysia oleh penduduk luar negeri. Keluk penawaran Ringgit Malaysia untuk matawang asing cerun ke atas dari kiri ke kanan.
Penentu-penentu Perubahan Nilai Kadar Pertukaran Matawang Asing:
Sepertimana yang telah diterangkan, permintaan terhadap Ringgit Malaysia oleh individu atau ahli-ahli perniagaan asing bergantung kepada keinginan individu atau ahli-ahli perniagaan menggunakan matawang Ringgit Malaysia untuk membeli barangan dan perkhidmatan Malaysia atau melabur di dalam sektor kewangan atau hartanah Malaysia.
Kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia kebiasaannya akan berubah mengikut pelbagai keadaan ekonomi yang boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing. Enam faktor utama yang boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran Ringgit Malaysia adalah permintaan negara asing terhadap eksport Malaysia, permintaan Malaysia terhadap import, jangkaan nilai matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang asing, keuntungan dari pelaburan terus dalam aktiviti perniagaan dan hartanah di Malaysia berbanding dengan keuntungan aktiviti pelaburan tersebut di tempat lain, tingkat harga umum di Malaysia berbanding dengan tingkat harga umum di negara asing, dan kadar bunga di Malaysia berbanding dengan di negara lain.
a) Permintaan Negara
Asing Terhadap Eksport Malaysia
Sekiranya
pengimport dari Amerika Syarikat meningkatkan import barangan elektronik dari
Malaysia tanpa mengurangkan permintaan terhadap lain-lain barangan Malaysia,
permintaan Amerika Syarikat terhadap Ringgit Malaysia akan meningkat.
Peningkatan permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan menyebabkan keluk
permintaan Ringgit Malaysia beralih ke kanan. Keadaan ini akan menyebabkan
kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat
akan turut meningkat.
Kenaikan
permintaan luar negeri terhadap eksport Malaysia boleh disebabkan oleh kenaikan
pendapatan benar negara-negara pengimport barangan Malaysia. Keadaan ini akan
menyebabkan permintaan import negara tersebut akan bertambah. Keadaan
sebaliknya akan berlaku sekiranya pendapatan negara-negara yang banyak
berdagang dengan Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi, keadaan ini akan
menyebabkan permintaan import negara-negara tersebut akan berkurangan.
b) Permintaan Malaysia
Terhadap Import
Kenaikan
permintaan import Malaysia pula akan menyebabkan penawaran matawang Ringgit
Malaysia di pasaran pertukaran asing meningkat. Contohnya jika permintaan
Malaysia terhadap perisian komputer yang diimport dari Amerika Syarikat
bertambah, keadaan ini akan menyebabkan pertambahan penawaran Ringgit di
pasaran pertukaran asing. Ini akan menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia
berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat.
Andaikan
permulaannya kadar pertukaran Dollar Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia
ialah US$0.4 bersamaan dengan satu Ringgit Malaysia (atau RM2.50 =US$1).
Kemudiannya apabila penawaran Ringgit Malaysia bertambah kesan dari peningkatan
import oleh pengilang-pengilang di Malaysia, kadar pertukaran menjadi US$0.3
bersamaan satu Ringgit Malaysia (atau RM3.33 = US$1). Faktor utama yang boleh
menyebabkan peningkatan permintaan Malaysia terhadap barangan import ialah
peningkatan pendapatan benar di Malaysia. Di samping itu, dasar-dasar kerajaan
seperti meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat, pembinaan bangunan-bangunan
baru dan dasar industri berat telah juga menyebabkan peningkatan import. Ini
kerana komputer, perisisan komputer, barangan perantaraan dan barangan modal
yang diperlukan untuk mencapai dasar yang ditetapkan masih banyak yang diimport
dari luar negeri.
Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila terjadi kejatuhan permintaan Malaysia terhadap barangan import. Contohnya untuk memperbaiki imbangan pembayaran, kerajaan Malaysia boleh membuat dasar mengurangkan import barangan dari Amerika Syarikat. Keadaan ini akan menyebabkan kejatuhan penawaran Ringgit Malaysia di pasaran kewangan dan menyebabkan kenaikan semula nilai Ringgit Malaysia dalam sebutan Dollar Amerika Syarikat.
c) Ramalan Nilai
Matawang Ringgit Malaysia Dalam Sebutan Matawang Asing
Permintaan
dan penawaran sesuatu matawang juga dipengaruhi oleh ramalan perubahan kadar
pertukaran sesuatu matawang di masa hadapan oleh mereka yang terlibat di dalam
aktiviti spekulasi matawang. Jika nilai matawang Ringgit Malaysia
diramalkan akan meningkat pada masa hadapan, maka permintaan matawang Ringgit
Malaysia akan meningkat pada masa sekarang, menyebabkan nilai matawang Ringgit
Malaysia tertekan untuk meningkat nilainya dalam sebutan matawang asing.
Sebaliknya apabila diramalkan nilai matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan
matawang asing akan merosot pada masa hadapan, permintaan semasa Ringgit
Malaysia akan merosot dan terjadilah tekanan untuk matawang Ringgit merosot
nilainya.
Jika dijangkakan nilai matawang Ringgit Malaysia akan meningkat, penawaran matawang Ringgit Malaysia akan jatuh. Pengimport-pengimport Malaysia akan menangguhkan pembelian barangan dari negara luar sehinggalah kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia benar-benar meningkat nilainya. Ini kerana peningkatan dalam nilai Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang asing akan menyebabkan nilai matawang asing lebih murah dalam sebutan Ringgit Malaysia. Seterusnya keadaan ini menyebabkan barangan dari negara asing menjadi lebih murah dalam sebutan Ringgit Malaysia.
Mereka yang terlibat di dalam aktiviti spekulasi akan cuba mengambil keuntungan dari ketidakstabilan nilai sesuatu matawang. Contohnya di Malaysia, pada bulan September tahun 2013 berlaku kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dalam sebutan Dollar Amerika Syarikat. Nilai matawang Ringgit Malaysia telah merosot dari kepada US$0.304 = RM1 (atau US$1 = RM3.30)
Keyakinan para pelabur dan mereka yang terlibat di dalam aktiviti spekulasi adalah penting kerana apabila mereka kurang yakin dengan kekukuhan sesuatu matawang, mereka akan melepaskan lebih banyak matawang tersebut dan membeli matawang yang lebih kukuh nilainya. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ramalan mereka yang terlibat dalam spekulasi matawang. Di antaranya ialah anggapan bahawa matawang sesebuah negara terlebih nilai, menyebabkan mereka melepaskan pegangan matawang yang terlebih nilai tersebut, seterusnya menjatuhkan nilai matawang itu. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan spekulator matawang ialah keyakinan pelabur terhadap sistem perbankkan sesebuah negara, ketelusan dan kecekapan sistem kewangan, dasar kerajaan terhadap ekonomi, dan anggapan mengenai kesilapan atau kelemahan kerajaan dalam menguruskan dasar ekonomi. Dalam isu terkini, kejatuhan matawang ringgit berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat dikaitkan dengan penjualan semula bon-bon yang di beli oleh pelabur Amerika Syarikat dari pasaran bon di Malaysia. Keadaan inibukan hanya terjadi di Malaysia, tetapi juga di India, Indonesia dan Thailand.
Persoalan
yang timbul ialah adakah keadaan yang berlaku di atas akan berterusan, iaitu
nilai Ringgit Malaysia akan terus merosot. Mengikut hipotesis pariti
kuasa beli yang menerangkan perkaitan di antara harga di dalam negeri
berbanding dengan harga barangan tersebut di pasaran asing melalui kadar
pertukaran asing, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia tidak akan terus berkekalan
berlaku. Ini kerana apabila nilai Ringgit Malaysia lebih rendah dari kadar
pariti kuasa beli, mereka yang terlibat dengan aktiviti spekulasi akan
merasakan negara pengimport barangan Malysia akan meningkatkan import barangan
Malaysia kerana harganya yang lebih murah dalam sebutan Dollar Amerika
Syarikat. Mereka yang terlibat dalam aktiviti spekulasi ini seterusnya akan
membeli Ringgit Malaysia kembali dan nilai Ringgit Malaysia akan kembali
meningkat. Dengan demikian adalah jelas kerajaan perlu mengujudkan persekitaran
yang menyakinkan supaya krisis ekonomi tidak terjadi akibat dari kejatuhan
nilai matawang.
d) Keuntungan Dari Pelaburan Terus Dalam
Aktiviti Perniagaan Dan Hartanah Di Malaysia Berbanding Dengan Keuntungan
Aktiviti Pelaburan Tersebut Di Tempat Lain
Rakyat
negara asing juga meminta matawang Ringgit Malaysia untuk membeli saham di
Bursa Saham Kuala Lumpur, sektor hartanah di Malaysia, dan lain-lain aset di
Malaysia. Apabila keuntungan membeli aset di Malaysia lebih menguntungkan
berbanding dengan membeli aset dari negara lain, permintaan terhadap Ringgit
Malaysia untuk membuat pelaburan sedemikian akan bertambah, seterusnya
menyebabkan peningkatan kepada nilai Ringgit Malaysia. Pada masa yang sama
penduduk Malaysia sendiri akan lebih berminat membuat pelaburan saham dan
hartanah di Malaysia berbanding dengan di negara asing. Keadaan ini akan
menyebabkan penawaran Ringgit jatuh dan meningkatkan lagi nilai Ringgit
Malaysia.
e) Tingkat
Harga Umum Di Malaysia Berbanding Dengan Tingkat Harga Umum Di Negara Asing.
Jika
harga barangan buatan Malaysia seperti kasut, pakaian dan peralatan elektrik
secara keseluruhannya meningkat sebanyak 10 peratus, ini bererti pada nilai
kadar pertukaran yang sama harga barangan Malaysia turut meningkat sebanyak 10
peratus di negara pengimport. Keadaan ini akan menyebabkan permintaan barangan
Malaysia oleh rakyat asing akan merosot, yang mana akan menjatuhkan permintaan
terhadap Ringgit Malaysia. Seterusnya berlakulah penurunan nilai matawang
Ringgit Malaysia. Begitu juga kenaikan tingkat harga umum (disebut sebagai
inflasi) di Malaysia berbanding dengan tingkat harga umum di negara lain akan
menyebabkan barangan keluaran negara lain menjadi lebih murah berbanding dengan
barangan keluaran Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan permintaan barangan
dari negara asing oleh rakyat Malaysia bertambah, yang mana menyebabkan
peningkatan penawaran Ringgit Malaysia. Seterusnya berlaku juga penurunan nilai
matawang Ringgit Malaysia.
f) Kadar
Bunga Di Malaysia Berbanding Dengan Di Negara Lain
Keinginan
rakyat asing memegang harta kekayaan dalam sebutan Ringgit Malaysia bergantung
kepada kepada kadar bunga yang boleh diperolehi dari harta yang disimpan dalam
sebutan Ringgit Malaysia tersebut. Lebih tinggi kadar bunga, lebih tinggi
jugalah permintaan oleh rakyat asing untuk menyimpan harta mereka di Malaysia
dalam sebutan Ringgit Malaysia. Keadaan ini akhirnya akan meningkatkan
lagi nilai matawang Ringgit Malaysia. Bagi rakyat Malaysia pula, kadar
bunga yang tinggi akan menyebabkan pelabur-pelabur Malaysia lebih berminat
menyimpan wang mereka di institusi kewangan di dalam negara.
RUMUSAN
Bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, sistem ekonominya adalah terbuka kepada keadaan ekonomi antarabangsa. Dasar Malaysia untuk memperkembangkan asas industri dari tertumpu kepada industri kecil dan sederhana kepada industri berat telah menyebabkan pengimportan barang modal dan barangan perantaraan yang begitu besar jumlahnya pada tahun-tahun 1990an. Usaha-usaha perlu dibuat untuk memperbaiki Imbangan Pembayaran kerana apabila Imbangan Pembayaran mengalami defisit yang keterlaluan, wujud pula masalah seperti kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia. Didapati pada masa kini aktiviti spekulasi matawang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pasaran kewangan dunia. Liberalisasi dalam sistem kewangan yang menyebabkan pengurangan atau penghapusan sepenuhnya kawalan kewangan menyebabkan ada organisasi antarabangsa yang mendapatkan keuntungan dari aktiviti spekulasi matawang telah menimbulkan ketidakstabilan ekonomi negara-negara di Asia Tenggara. Secara tidak langsung ianya juga menunjukkan keburukan globalisasi sistem kapitalis yang begitu jelas telah mempengaruhi ekonomi negara-negara di dunia sekarang ini. Walau bagaimanapun dengan keadaan sistem ekonomi Malaysia yang mempunyai asas ekonomi yang kukuh seperti kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah, kemudahan infrastruktur yang baik, buruh mahir yang ramai dan mudah dilatih, imbangan pembayaran yang kukuh kerana prestasi komoditi utama yang baik dan kestabilan politik telah membolehkan kerajaan dapat bertahan dengan kemelut ekonomi yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan